Bella Astillah Menangis Bila Ayden Maklum Ada ‘Parents Day’ Di Sekolah

Bella Astillah Menangis Bila Ayden Maklum Ada ‘Parents Day’ Di Sekolah

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila anak sulungnya, Ayden memberitahu sekolahnya bakal mengadakan hari bertemu ibu bapa.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Bella memujuk anaknya dengan mengatakan Ayden mempunyai ibu yang sentiasa bersamanya.

“Ayden beritahu saya tadi ‘Mummy, tomorrow I have parents day’. Saya cakap its okay ada mummy, ada.

“Saya tak pernah alami perkara itu. Jadi bila Ayden cakap saya boleh datang sebab esok hari ibu bapa, saya rasa kesian,” katanya.

Bagaimanapun, Bella berkata dia tidak dapat hadir ke sekolah anaknya kerana ada urusan kerja serta berharap anaknya baik-baik saja.

“Tapi tak mengapalah saya ada kerja masa hari itu, saya cakap apda Ayden kalau grandparents boleh tak. Lola dengan Lolo . Boleh dia kata. Saya harap dia okay dekat sekolah. InsyaAllah,” katanya.


Scroll to Top