Beli Barang Baby Di TikTok, Atikah Suhaime Dipuji Merendah Diri – “Kahwin Dengan Orang Kaya Tapi Belanja Macam Orang Biasa”

Beli Barang Baby Di TikTok, Atikah Suhaime Dipuji Merendah Diri – “Kahwin Dengan Orang Kaya Tapi Belanja Macam Orang Biasa”

Menghitung hari bersalin anak pertama, perkongsian terkini pelakon Datin Atikah Suhaime meraih tumpuan selepas berkongsi barang-barang keperluan bayi yang baru sahaja dibelinya.

Menerusi video tersebut, Atikah membuat ‘unboxing’ memaparkan barangan bayi seperti lampin, mandian bayi, pakaian dan mesin basuh kecil untuk membasuh baju anaknya.

Lebih mengejutkan orang ramai, aktres itu berkata dia membeli semua barangan anaknya itu secara atas talian di platform TikTok.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Atikah yang sangat merendah diri dan memilih untuk berbelanja dalam keadaan sederhana meskipun berstatus Datin, selain mempunyai suami yang kaya.

@atikahsuhaimeeee

Things I buy to prepare baby arrival. Apa lagi yg tika lupa? #fyp #babytiktok #pregnantlife #muslinswaddle

♬ เสียงต้นฉบับ – John (Songs Station) – สุขภาพดีกับเภเบิร์ด

 

Scroll to Top