Bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya memberi kritikan pedas kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jauh lebih berjaya laksana reformasi berbanding kerajaan beliau.
Latheefa juga menyifatkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal laksana slogan ‘Reformasi’, malah banyak tindakan yang bertentangan dengan hak asasi yang diperjuangkan sebelum ini.
Mansuh ISA bukti Najib komited
Latheefa Koya yang ditemu bual oleh Utusan Malaysia berkata, beliau mengambil contoh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini yang dimansuhkan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib.
PM Najib dia tak laung reformasi, tapi kalau kita tengok reformasi perundangan. Yang mansuh ISA adalah Najib, saya pun tak boleh bayang kalau ISA masih ada hingga sekarang.
Saya kira kerajaan sekarang, dia takkan mansuhkan ISA. Dia akan bagi alasan, kita perlu justifikasi dan sebagaimana dia justifikasi kenapa kita perlu ada akta hasutan.-Katanya
Beri markah negatif 10 kepada kerajaan Madani
Menurut Latheefa yang juga seorang peguam, beliau hanya menjadi objektif sebagai rakyat Malaysia dan bersikap adil.
Dalam konteks reformasi undang-undang negara hari ini, Latheefa berkata markah untuk kerajaan hari ini adalah jauh lebih teruk daripada kerajaan terdahulu jelasnya.