Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord

LEGENDA bola sepak Belanda, Robin van Persie disahkan sebagai pengendali baharu Feyenoord Rotterdam, kelab beliau memulakan dan menamatkan karier gemilangnya sebelum ini.

Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen, akan disertai penolong Rene Hake, yang pernah di bawah Erik ten Hag di Manchester United sebelum ini.

“Semua orang tahu betapa istimewanya hubungan saya dengan Feyenoord

“Saya sangat berharap dapat bersama-sama kakitangan untuk bekerja kuat dengan kumpulan pemain yang hebat bagi mencapai kejayaan,” kata van Persie di laman web kelab itu.

Sementara itu, Pengurus Besar Feyenoord, Dennis te Kloese, menyifatkan van Persie sebagai calon paling sesuai untuk jawatan tersebut.

“Kami gembira kerana dengan Robin van Persie, kami boleh melantik ikon kelab sebenar sebagai jurulatih baharu Feyenoord.

“Robin mengenali kelab ini dengan sangat baik dan tahu apa yang diperlukan untuk mencapai keputusan. Dengan pengalaman antarabangsa yang luas, Robin jelas boleh membantu pemain berkembang lebih jauh di sini.

“Selain itu, visi bola sepaknya sangat sesuai dengan apa yang kami inginkan di Feyenoord: bola sepak menyerang dan menarik, digabungkan dengan keberanian, intensiti dan semangat juang,” kata Te Kloese.

Van Persie menandatangani perjanjian dua tahun dengan Heerenveen awal musim ini menyaksikan kelab itu kini berada di tempat kesembilan liga Belanda,

Van Persie menjaringkan 46 gol dalam 123 penampilan dalam dua musim untuk Feyenoord juga pernah bermain untuk Arsenal, Manchester United dan Fenerbahce.

Feyenoord kini berada di tempat ketiga liga Belanda, 11 mata di belakang pendahulu Ajax Amsterdam akan bertemu kelab Serie A, Inter Milan dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara bulan depan.

LIGA JUARA-JUARA

Pusingan 16 Terakhir

Perlawanan Pertama

4/5 Mac

Paris Saint-Germain lwn Liverpool

Club Brugge lwn Aston Villa

Real Madrid lwn Atletico Madrid

PSV Eindhoven lwn Arsenal

Feyenoord Rotterdam lwn Inter Milan

Bayern Munich lwn Bayer Leverkusen

Borussia Dortmund lwn Lille

Benfica lwn Barcelona

* Perlawanan Kedua pada 11/12 Mac

Scroll to Top