Bego Terkejut, Tak Tahu Ada Sebutan Kes Cerai

Bego Terkejut, Tak Tahu Ada Sebutan Kes Cerai

Pelakon Beego dalam satu perkongsian mengatakan dia tidak tahu perlu perlu hadir ke mahkamah untuk sebutan kes pertama perceraian dengan isterinya, Linda Hashim hari ini.

Menerusi perkongsian itu, Beego berkata dia juga tidak menerima sebarang notis daripada peguam Linda serta bertanya ada atau tidak peguam yang boleh mewakilinya.

BACA: Banyak Bagi Peluang, Linda Hashim Nekad Fail Cerai Kali Ketiga

“Terkejut pagi ini mendengar kenyataan isteri yang saya dimaklum tentang kes mahkamah. Tidak ada pemberitahuan dan notis dari pihak guaman Nurul. Ada mana-mana peguam yang boleh mewakili saya? Allahuakbar,” tulisnya.

Awal pagi tadi, Linda hadir ke mahkamah berseorangan untuk mengikuti sebutan kes pertama perceraiannya itu. Difahamkan, Linda memfailkan perceraian pada awal Januari lalu.

Menurut Linda, dia kurang pasti mengenainya ketidakhadiran Beego, namun percaya Beego tahu berkenaan sebutan pertama kes perceraian mereka.


Scroll to Top