Jenama tuala wanita nombor satu dari Jepun, SOFY telah melancarkan inovasi terbaharu mereka iaitu SOFY 360 Panty Cool, tuala wanita pertama yang dilengkapi dengan sensasi kesejukan di The Alchemy, Starhill Kuala Lumpur pada 1 November lalu.
SOFY lancar inovasi baharu SOFY 360 Panty Cool
Pelancaran tersebut dirasmikan Pengarah Urusan Kumpulan Uni-Charm Corporation Sdn Bhd merangkap Pegawai Eksekutif Unicharm Australasia dan Unicharm Taiwan, Toru Fujita serta Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia A.S. Watsons Group Caryn Loh.
Menurut kajian yang dikongsi oleh Pengurus Jenama Kanan SOFY Malaysia & Singapore, Amanda Wong, hampir 45% wanita masih mengalami ketidakselesaan semasa menggunakan tuala wanita biasa.
Artikel lain: Warner Music dan Watsons Malaysia bawakan Festival Muzik Futureland
SOFY 360 Panty Cool menawarkan lapisan dalaman Real Minty Cool yang memberikan wanita kebebasan bergerak dengan yakin tanpa perlu risau tentang rasa tersumbat.
Sempena pelancaran itu juga, SOFY bekerjasama dengan peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, Watsons menganjurkan acara pop-up SOFY #CoolParty di Lot 10 Premier Terrace, Kuala Lumpur dari 31 Oktober lalu hingga 10 November ini.
Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan perbelanjaan minimum RM50 atau RM80.
SOFY turut mengambil inisiatif untuk menyumbang satu pek tuala wanita kepada golongan yang memerlukan bagi setiap pek yang disumbangkan oleh orang ramai semasa acara tersebut.
SOFY 360 Panty Cool kini boleh didapati di cawangan Watsons berdekatan anda atau membeli-belah secara dalam talian di laman web Watsons.
Untuk maklumat lanjut mengenai SOFY 360 Panty, ikuti media sosial rasmi SOFY di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mengetahui perkembangan terkini dan promosi menarik yang ditawarkan.