Bayi kembar didakwa dilarikan, polis terima laporan Hospital Kuala Lipis

Bayi kembar didakwa dilarikan, polis terima laporan Hospital Kuala Lipis

am@hmetro.com.my

Lipis: Polis mengesahkan menerima laporan dibuat Hospital Kuala Lipis berhubung dakwaan bayi kembar dirawat selama sembilan bulan di hospital itu dilarikan doktor palsu seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Ismail Man berkata, pihak hospital membuat laporan menafikan kejadian berkenaan.

“Polis masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail turut menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan cerita tidak benar sebelum mendapatkan kesahihan daripada pihak berkaitan.

Tiada kes bayi kembar hilang dilarikan doktor palsu di Hospital Kuala Lipis

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top