Bawa balik kampung halaman, Kak KM & adik-beradik sepakat hadiahkan ibu rumah

Bawa balik kampung halaman, Kak KM & adik-beradik sepakat hadiahkan ibu rumah

Nama usahawan kontroversi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli bukanlah asing lagi. Dia yang juga anak kepada pelakon hebat, Normah Damanhuri sememangnya mempunyai cara marketing tersendiri untuk meraih pelanggan bagi mencuba produk jamu keluarannya.

Walaupun sering dikecam disebabkan penampilannya, namun keakraban dan kasih sayang sesama ahli keluarga harus diberikan pujian.

Baru-baru ini, menerusi media sosial Kak KM, dia dan adik beradik yang lain telah memberikan kejutan kepada ibu mereka dengan menghadiahkan sebuah rumah di kampung halaman pelakon tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik, Kak KM memaklumkan yang mereka adik-beradik telah mengumpul duit hasil perniagaan jamu untuk memberikan sebuah rumah kepada ibu mereka di Perlis.

Dalam video tersebut, mereka telah bergerak menuju ke utara Tanah Air itu bersama-sama sebelum menutup mata ibu mereka dengan kain bagi memberikan kejutan.

Sampai di lokasi rumah tersebut, mereka telah membuatkan Normah tergamam dan menangis apabila diberitahu yang kediaman yang mereka kunjungi adalah rumahnya.

Difahamkan, rumah tersebut merupakan milik bapa mereka namun kini sudah sepenuhnya menjadi hak Normah dan mereka adik-beradik telah mengeluarkan duit untuk melakukan renovasi supaya lebih selesa.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan yang dilakukan oleh Kak KM serta adik-beradik kerana memberi kebahagiaan kepada ibu tersayang.

Tolak tepi isu kontroversi yang sering terjadi, warganet mengakui kagum dengan usaha usahawan itu menggembirakan hati ibunya serta keakraban sesama ahli keluarga yang lain walaupun masing-masing sudah dewasa.

 

 

 

Sumber: Instagram Lianarosli Official