Bau Ketiak Melekat Lepas ‘Fitting’, Bakal Pengantin Tak Puas Hati Butik Paksa Beli Baju | Oh! Media

Bau Ketiak Melekat Lepas ‘Fitting’, Bakal Pengantin Tak Puas Hati Butik Paksa Beli Baju | Oh! Media

Seorang bakal pengantin di China kerugian kira-kira RM1,200 selepas dipaksa membeli gaun yang tidak disukainya.

Difahamkan, pihak butik memaksa gaun dibeli selepas wanita ini mencubanya dan bau badan yang kuat melekat di bahagian ketiak.

Memetik laporan World of Buzz, kisah ini bermula apabila wanita yang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan ke sebuah butik pengantin dan mencuba dua jenis pakaian.

ketiak
Foto: freepik

Selepas mencuba pakaian pertama, wanita dikenali sebagai Momo ini tidak suka dan menyerahkan kembali kepada pekerja butik.

Dia kemudian meneruskan mencuba pakaian kedua. Pada ketika itu, dia menyedari pekerja butik membuat reaksi wajah yang tidak menyenangkan.

Gaun kedua yang saya cuba pun saya tak suka dan tempat tu tak ada aircond. Saya pun nak beredar dari situ.

Semasa berjalan keluar, tiba-tiba pekerja butik menahannya dan meminta pampasan memberi alasan gaun pertama terdapat bau peluh yang kuat.

Takkan lah saya kena bayar hanya kerana saya cuba gaun tu?

Dalam perkongsian asal, wanita ini mengakui ketiaknya kuat berpeluh dan bertambah teruk apabila bilik fitting di butik tiada penghawa dingin.

Dia merasakan tidak adil jika dia perlu membeli pakaian tersebut hanya kerana bau badan. Namun, dia akhirnya mengalah kerana tidak mahu memanjangkan isu.

Merasa tertindas, wanita ini kemudian memuat naik hantaran di media sosial dan bertanyakan pendapat orang ramai ‘siapa’ yang harus dipersalahkan.

Namun nampaknya orang ramai tidak berpihak kepadanya dan menasihatinya supaya mandi dengan lebih kerap.


Scroll to Top