BATC 2024: ‘Saya akan beri aksi sehabis baik’

BATC 2024: ‘Saya akan beri aksi sehabis baik’

PEMAIN perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching berazam memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan meraih keputusan positif dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Malah menurut Ling Ching, dia juga teruja dengan penampilan pertama dalam kejuaraan berpasukan tersebut yang merupakan pentas kelayakan ke pusingan akhir Piala Uber di Chengdu, China dari 27 April hingga 5 Mei.

“Saya harap apa yang saya dipamerkan sepanjang sesi latihan dapat dipraktikkan tanpa rasa gementar semasa kejohanan sebenar. Biarpun saya teruja tetapi juga akui cabaran sebagai perseorangan ketiga negara.

“Saya akan memberikan aksi sehabis baik menangani tekanan, kerana negara lain pasti akan menurunkan pemain terbaik. Saya berharap dapat menyumbang satu mata kepada pasukan,” kata pemain ranking 75 dunia itu.