Rezeki Allah SWT itu sangat luas. Keluasannya itu sehingga mampu memberi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia di muka bumi. Jadi, usahlah kita sebagai hambanya selalu mengatakan bahawa rezeki Allah itu tidak mencukupi.
Malahan, sebagai umat Islam, kita seringkali disarankan untuk mengamalkan pelbagai amalan untuk memperolehi rezeki daripada-Nya. Pelbagai doa mahupun zikir yang boleh anda amalkan supaya diberi keluasan rezeki oleh-Nya. Berikut Hijabista senaraikan tujuh jenis zikir yang hijabi boleh jadikan amalan setiap hari.
Mengucapkan âLa Hawla Wala Quwwata Illa Billahâ
âBarang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan âLa hawla Wala Quwwata Illa billahâ (HR. At- Tabrani)
Membaca âLa Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubinâ
Barangsiapa setiap hari membaca âLa ilaha illallahul malikul haqqul mubinâ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nuâaim dan Ad Dailami).
Lazimkan Lidah Menyebut âSubhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziimâ
âDari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Taâala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmuâ. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Daâawat)
Artikel berkaitan: Pokok Meliuk Lentuk âRancakâ Berzikir, Mungkinkah Petanda Malam Lailatul Qadar?
Amalkan Membaca Surah Al-Ikhlas
âBarang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganyaâ (HR. AtTabrani)
Bacalah Surah Al-Waqiah
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidupâ (HR. Al-Baihaqi dalam Syuâab Al-Iman)
Perbanyakkan Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahuâalaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjatâ. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu SyaibahâŠal-BazzarâŠ.Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad maâlul).
Basah Lidah Dengan Istighfar
âBarang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Dugaâ (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Jemput Rezeki
âYa ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah. Jika sedikit maka banyakkanlah. Berkat keagungan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala apa jua bentuk rezeki yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh. Kabulkanlah doa kami.. Aamin yarabbalaminâ.
Artikel berkaitan: Berpeluangkah Mencari Lailatul Qadar Jika Didatangi Haid Pada 10 Malam Terakhir?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Â