Bas hanyut di Nepal: Hanya tujuh mayat ditemukan setakat ini

Bas hanyut di Nepal: Hanya tujuh mayat ditemukan setakat ini

KATHMANDU- Selepas lebih 72 jam berlalu, operasi mencari penumpang bas yang jatuh ke dalam sungai akibat dihanyutkan tanah runtuh, masih menemui jalan buntu.

Menurut pihak berkuasa, hanya tujuh mayat daripada 65 penumpang berjaya ditemui setakat ini.

Katanya, peluang untuk menemukan mangsa yang masih hidup sangat tipis, maka pihak berkuasa kini menumpukan usaha untuk mencari mayat.

Bagaimanapun, ahli-ahli keluarga mangsa yang berkumpul di lokasi pencarian masih berharap insan kesayangan mereka berjaya ditemui.

Jumaat lalu, dua buah bas membawa lebih 60 orang dihanyutkan tanah runtuh ke dalam sungai berhampiran Simaltar di Nepal.

Tiga penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tempat selamat.- Agensi