Baru setahun dalam industri, Apich Lo sudah berani tayang badan?

Baru setahun dalam industri, Apich Lo sudah berani tayang badan?

PETALING JAYA: Baru setahun dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo dilihat berani menayang badannya dalam sebuah babak filem yang dibintanginya, Pontianak 200kg.

Menurut Apich atau nama sebenarnya Ahmad Fadzlullah Narudin, pada awalnya dia tidak tahu babak itu memerlukannya untuk membuka baju.

Namun, dia akur untuk menjayakan babak tersebut selepas menerima arahan daripada pengarah, Shuhaimi Lua.

“Selepas saya terima skrip, dalam skrip itu dia tak bagitahu pun saya kena buka baju. Bila di set penggambaran, pada awalnya saya pakai singlet tapi pengarah suruh buka. Jadi, saya pun buka dan buat atas satu keberanian,” katanya.

Tambahnya, dia sudah bersedia secara mental dan fizikal sekiranya menerima sebarang kecaman daripada mana-mana pihak berkenaan babak tersebut.

“Badan saya pun tidaklah sado mana. Agak tidak yakin tapi saya buat demi kerja bukan sebab nak tayang badan.

“Sekiranya dapat sebarang komen dari mana-mana pihak, saya dah sedia mental dan fizikal,” jelasnya ketika ditemui di tayangan perdana filem Pontianak 200kg baru-baru ini.

Sementara itu, Apich turut meluahkan rasa bersyukur apabila lakonanannya diterima baik oleh pihak pengurusan dan produksi meskipun perlu diperbaiki lagi

“Saya mula terlibat dalam industri ini pada tahun lepas. Penglibatan saya menerusi filem ini pun selepas saya datang casting. Saya bersyukur bakat saya diterima baik oleh pihak Alternate, Primeworks Studios (PWS), Metrowealth International Group (MIG) dan Shuhaimi Lua.

“Ini pengalaman pertama saya. Sudah tentu gementar itu ada. Apabila tengok babak lakonan saya menerusi drama ini, saya rasa kekok. Jadi, saya akan perbaiki lagi di masa akan datang,” katanya.

Selain Apich, filem tersebut turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Ziana Zain, Ropie, Dottie, Aya Amiruddin, Wanns Ahmad, Niezam Zaidi dan ramai lagi. -UTUSAN