Baru Je Beranak, Netizen Persoal Atikah Suhaime Ambil Epidural, Perut Tak Kempis | Oh! Media

Baru Je Beranak, Netizen Persoal Atikah Suhaime Ambil Epidural, Perut Tak Kempis | Oh! Media

Baru-baru ini, pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Lyla Mulan Teh.

Kelahiran si comel ini tentunya disambut dengan penuh kesyukuran oleh Atikah dan suaminya, Datuk Lokman Teh selain turut diraikan oleh peminat serta pengikut media sosial mereka.

Namun, di sebalik kegembiraan ini, ada pula netizen yang tidak ketinggalan meninggalkan komen yang mempersoalkan beberapa perkara mengenai pengalaman bersalin Atikah.

Netizen mempersoalkan pemilihan epidural yang dibuat Atikah untuk mengurangkan trauma ketika bersalin.

Netizen mendakwa epidural akan memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

atikah

Namun, ramai juga dalam kalangan ibu yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan epidural semasa bersalin dan menyatakan ia satu pilihan yang membantu mengurangkan kesakitan, terutama bagi mereka yang trauma dengan proses bersalin.

Netizen persoal badan masih seperti mengandung

atikah suhaimee

Terdapat beberapa individu yang bertanya mengenai perubahan fizikal Atikah selepas bersalin. Ada yang hairan mengapa badannya masih kelihatan seperti orang mengandung meskipun sudah melahirkan.

atikah
atikah suhaime

Maklum dengan pelbagai pertanyaan yang timbul, Atikah tampil membalas komen netizen secara santai dan bersahaja.

Sabarlah, saya tak discharge dari hospital lagi. Tak bawa bengkung pun.

Dalam reaksinya, Atikah menjelaskan bahawa dirinya masih di hospital dan belum sempat memakai bengkung, yang mungkin menyebabkan perutnya kelihatan belum kempis sepenuhnya.

#ApaKataOhmedia

Baru je bersalin takkanlah terus kempis ye dak? Mestilah ianya melalui proses yang sepatutnya. Lagi pula Tika sebagai ibu sedang membiasakan diri dengan bayinya. Biarkan Atikah berpantang dulu ya?


Scroll to Top