Baru dipecat UMNO, KJ ‘dipinang’ jadi CEO JDT

Baru dipecat UMNO, KJ ‘dipinang’ jadi CEO JDT

KUALA LUMPUR – Baru sehari selepas dipecat dari UMNO, Khairy Jamaluddin dipelawa menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pelawaan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT menerusi Instastory miliknya hari ini.

Baginda juga mahu bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjadi penasihat pembangunan akar umbi untuk pasukan tersebut.

“CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor,” tulis TMJ di media sosialnya.

Khairy dalam media sosialnya hanya menulis biografinya sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan.

Sebelum dipecat UMNO, beliau kalah sebagai wakil Barisan Nasional di Parlimen Sungai Buloh semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini. – MalaysiaGazette

Scroll to Top