Seorang bapa terkejut anak order makanan setelah penghantar makanan muncul di hadapan pagar rumah bagi menghantar pesanan yang telah dibuat menerusi sebuah platform.
Bagaimanapun, reaksi si bapa ketika menerima bungkusan makanan tersebut telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video berdurasi seminit 17 saat dimuat naik di TikTok, dilihat penghantar makanan itu menyebut nama ‘Seri Rahayu sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada seorang lelaki.
Selepas bertanya kepada ‘orang rumah’, lelaki berkenaan memberitahu Seri Rahayu yang juga isterinya tidak membuat sebarang pesanan makanan.
“Banyaknya! Siapa order ni? Isteri saya kata dia tak order.
“Betul ke ni alamatnya bang (penghantar makanan)? Cuba abang check. Betul dah ni.
“Tapi saya dan isteri takda order,”ujar lelaki itu.
Artikel lain: “Niat nak belanja pun salah?”- Guru ulas komen netizen pertikai anak-anak murid tak pernah makan burger
Bapa terkejut anak order makanan
Lelaki berkenaan kemudiannya menghulurkan semula bungkusan makanan tersebut lalu menyuruh penghantar makanan itu hantar kepada ‘orang yang membuat pesanan sebenar’
Tidak lama kemudian, penghantar makanan itu meninggalkan perkarangan rumah sebelum pergi ke kediaman bersebelahan.
Dia kemudiannya berpatah semula ke rumah sebelum ini dan akhirnya teka-teki terjawab.
Ternyata anak lelaki berusia 6 tahun pasangan itu yang membuat pesanan makanan tanpa memberitahu kepada ibu bapanya.
“Anak yang order la.Kami berdua tak tahu apa-apa. Anak saya yang order senyap-senyap,”jawabnya sambil tersenyum.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi di mana rata-rata warganet turut terhibur dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Sumber: TikTok toyosan70