Cahaya mata sulung kepada penyanyi Azmi Saat iaitu Khairul Afnan disahkan meninggal dunia sebenar tadi akibat masalah kesihatan.
Menerusi laman Instagram, ahli kumpulan Caliph Buskers itu reda dengan pemergian bayi itu yang baru dilahirkan pada 27 September lalu.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya.
Rata-rata rakan artis dan pengikutnya bersedih atas pemergian anak pertama pasangan itu selain mendoakan agar Azmi dan isterinya Nazira Muhammad tabah menghadapi ujian Allah SWT.
Sebelum ini, penyanyi lagu Hanya NamaMu itu memaklumkan bayi lelaki mereka kurang sihat sebelum menatap wajah Afnan buat kali terakhir.
Terdahulu, pasangan tersebut gembira dengan kehadiran Afnan kerana menanti selama 10 tahun bagi memiliki cahaya mata sendiri.
Sumber: Instagram Azmi Saat