Siapa sahaja tidak mengenali Chef Khairul Aming yang sentiasa tak lokek berkongsi resepi di laman sosial, kan?
Ramai tahu, selain menghasilkan ‘content’ masakan, pemilik nama Khairul Amin Kamaruzaman itu turut menjalankan perniagaan produk tersendiri diberi nama ‘Sambal Nyet’ by Khairul Aming.
Setelah 3 bulan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, baru-baru ini pemuda berusia 29 tahun itu berkongsi berita gembira di laman sosial Twitter miliknya di mana dia memaklumkan hasil jualan Sambal Nyet sudah mencecah RM1 juta!
80% of the revenue ni aku roll balik into the business. Warehouse baru yg 14,000 sqft sudah fully running and now production rate dah naik dari 1,000 botol sehari ke 4,000 botol sehari. InshaAllah we can meet minimum target of 100k bottles per month starting bulan ni pic.twitter.com/8ZqAW8qDdB
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
Biarpun telah layak digelar ‘jutawan’, seperti biasa Khairul tidak kedekut berkongsi ilmu, tips serta pengalaman sepanjang mengendalikan bisnes tersebut kepada orang ramai.
Dalam kesempatan itu, Khairul mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang menyokong usaha kerasnya tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi kejujuran pemuda itu dalam dunia perniagaan dan kemurahan hati berkongsi ilmu bisnes.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen berasa kecewa kerana masih belum ada rezeki merasa air tangan chef terkenal itu.. Sabar ya.
Khairul mula bergiat aktif sebeagai selebriti masakan media sosial sejak tahun 2016 lagi.
Kerjayanya sebagai ‘tukang masak online’ berpunca daripada minat yang mendalam terhadap dunia masakan digabungkan bersama kemahiran videografi dimilikinya.
Semoga maju jaya Khairul Aming!
Sumber: Twitter Khairul Aming