Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia

Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Bapa pelakon, Sharnaaz Ahmad, 39, iaitu Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad yang meninggal dunia pada jam 1.40 pagi, hari ini.

Sharnaaz yang memaklumkan berita sedih itu menerusi Instagram berkata, pemergian bapanya itu amat dirasai kerana ‘hero’ yang sentiasa menjadi juara di hati sudah tiada buat selamanya.

“Hero saya menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.40 pagi ini. Dia tidak pernah berputus asa untuk berjuang, namun jantungnya saja yang berhenti berdegup.

“Dia selamanya akan menjadi hero dan juara untuk saya. Saya sayang papa, Al- Fatihah papa. Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat kepada kita semua.

“Sebahagian diri saya kuat seperti anda. Separuhnya lagi sebagai ayah yang baik seperti anda. Sekarang, ajarkan saya untuk menjadi hebat seperti anda dari syurga tau,” tulisnya pada kapsyen foto yang dimuatnaik.

Menerusi hantaran video pula, Sharnaaz memaklumkan jenazah bapanya kini dalam perjalanan dibawa pulang ke kampung halaman keluarga di Georgetown, Pulau Pinang.

“Bapa saya baru saja meninggal dunia pagi tadi. Sekarang ini, saya dalam perjalanan membawa jenazah balik ke Pulau Pinang.

“Jadi, kepada sesiapa kenalan bapa saya yang berada di Pulau Pinang boleh sampaikan maklumat ini kepada semua. Jenazah akan disolatkan di Masjid Syed Eyusof, George Town selepas solat Asar. Siapa yang ada kelapangan masa, datanglah,” katanya.

Menurut Sharnaaz, Allahyarham bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama selepas solat Asar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top