Seorang wanita yang dikenali sebagai Amalina Hilmi meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang bapa yang bertanggungjawab dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Ujar Amalina, sejak dia kecil lagi bapanya akan membantu ibunya menguruskan hal berkaitan rumah tangga termasuklah menyediakan makanan sahur buat anak-anak dan isteri tercinta.
Bapa sediakan sahur
@amalinahilmi Xramai suami boleh buat mcm ni, tp ni la kelebihan ayah saya! Bukan sahur sj tp kebanyakkan urusan rumahtangga ayah akan bt, ke pasar, bersiang, basuh & lipat baju, sapu luar n dlm rumah even cuci toilet pon. Mak memasak n membantu apa yg perlu. Masing2 ada tugas masing2. Mmg dari kecik smp dah kawen ni sis tgk “pemandangan indah” ni.. أللَّهُمَّ اشْكُرْ لَهُمَا تَرْبِيَتِي، وَأَثِبْهُمَا عَلَى تَكْرِمَتِي، وَاحْفَظْ لَهُمَا مَا حَفِظَاهُ مِنِّي فِي صِغَرِي Ya Allah. Balaslah kebaikan mereka kerana telah mendidikku. Berikan ganjaran kepada mereka kerana telah memuliakanku. Jagalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku pada masa kecilku. #ramadhan #2025
“Dari kecil sampai sis dah anak tiga, ayah yang akan sediakan sahur A-Z. Dari kejutkan semua orang, panaskan lauk dan lain-lain.
“Tak ramai suami boleh buat macam ini, tapi ini lah kelebihan ayah saya. Bukan sahur sahaja tapi kebanyakkan urusan rumah tangga ayah akan buat, ke pasar, bersiang, basuh dan lipat baju, sapu luar dan dalam rumah walaupun cuci tandas pun.
“Mak memasak dan membantu apa yang perlu, masing-masing ada tugas tersendiri.
“Memang dari kecil sampai dah kahwin saya tengok ‘pemandangan indah’ ni,” katanya dalam sebuah hantaran di laman TikTok.
Bapa sediakan sahur
Artikel lain: Ramai terharu, pengawal berbuka puasa dengan keluarga di tempat kerja
Ini baru betul definisi lelaki bertanggungjawab
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan ibu Amalina adalah insan yang bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang bersama-sama membantu menguruskan urusan rumah tangga.
Secara tidak langsung, perbuatan bapanya itu membawa kepada keharmonian dalam perkahwinan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara suami isteri seperti mana yang dituntut oleh agama.
Semoga berbahagia selalu
Walaupun ada segelintir netizen melemparkan tanggapan negatif terhadap keluarga itu namun, ramai mendoakan agar Amalina dan sekeluarga sentiasa berbahagia selalu dan dipermudahkan urusan.
Sumber: TikTok @Amalina Hilmi