Tular di media sosial satu video memaparkan seorang anak tatap dan peluk gambar bapa bagi melepaskan kerinduannya sehingga mengundang sebak warga maya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, edanazyra1 telah memuat naik video memaparkan kanak-kanak tersebut yang merupakan anak kepada kakaknya.
Terlalu rindu, anak tatap dan peluk gambar bapa
@edanazyra1 SILA BACA CAPTION SAYA SAHABAT ORGANIK SEMUA; P/s : ‘parent’ in the video means sorg je tau, jgn slh faham ❤️ Pembetulan dlm video ‘are’ jadi ‘is’ ya 🤓 Ayat last “mommy & daddy” kerja sbb both bekerja. Noh jadi cikgu pula kita kena explain 😅 Mommy dia jaga dia dlm masa sama still bekerja. Saya just dtg rumah kakak saya time weekend je, bukan saya yg jaga dia 😅 This cutie pie ok je gais. His daddy sgt penyayang hari2 vid call setiap minggu post something for him. Dia cukup kasih syg from all of his family inshaAllah dun worry. Thank you for all kind words and duas 🤍
Pada video tersebut, anak kecil itu kelihatan menurunkan satu foto bapanya yang dilekatkan di pintu peti sejuk dengan menaiki sebuah kerusi kecil dan kemudian meletakkanya di atas meja.
Anak kecil itu kemudian turun dari kerusi kecil berkenaan sebelum mengambil foto bapanya dan menatap wajah untuk melepaskan kerinduannya.
Dia kemudian memeluk foto itu sebelum memandang adik kepada ibunya yang sedang mengambil rakaman tersebut dan wajahnya jelas kelihatan sedih.
Menurut adik kepada ibu anak kecil berkenaan, anak buahnya itu merindui bapanya yang kini sedang bekerja di luar negara di Arab Saudi.
Sementara itu, pada ruangan kapsyen, mak cik kepada anak kecil itu menjelaskan bahawa anak buahnya itu dijaga oleh ibunya dan hanya bapa yang bekerja di luar negara.
“Parent dalam video saya bermaksud seorang saja tau, jangan salah faham. Ayat last ‘mommy & daddy’ kerja sebab kedua-dua ibu bapa dia bekerja.
“Mak dia jaga dia dan pada masa yang sama masih bekerja. Saya cuma datang rumah kakak saya hujung minggu je, bukan saya yang jaga dia.
“Anak kecil ni okay je. Bapa dia sangat-sangat penyayang, hari-hari telefon dan setiap minggu hantar barang untuk dia. Dia cukup kasih sayang dari semua keluarga dia, jangan risau,” katanya.
Artikel lain: Ramai sedih lihat pak cik bawa teksi kutip kopiah dicampak wanita
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang meluahkan rasa sebak dengan gelagat anak kecil itu kerana walaupun masih muda, dia sudah memahami maksud kerinduan.
Anak tatap dan peluk gambar bapa, kecil2 dah pandai rindu
Dia pasti okay, jangan risau
Nanti dah besar, dia akan faham
Syukur jadi suri rumah….
Apani, ajak orang nangis….
Dalam pada itu, ramai juga warganet yang turut berkongsi pengalaman masing-masing mengenai anak yang berjauhan dari ibu bapa, tidak kira mereka anak yang ditinggalkan atau ibu bapa yang meninggalkan.
Sama macam anak buah saya….
Pernah buat macam ni, menyesal tinggal anak
Saya pernah rasa benda yang sama…
Bila tengok anak tatap dan peluk gambar bapa, tiba-tiba teringatkan ayah sendiri….
Sumber: TikTok edanazyra1