Bapa Kanak-Kanak Maut Tercekik Gula-Gula Gummy Reda

Bapa Kanak-Kanak Maut Tercekik Gula-Gula Gummy Reda

Tragedi yang menimpa adik Mohamad Fahmi Hafiz, 10, yang maut akibat tercekik gula-gula ‘gummy’ telah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Namun, bapanya, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri, reda dengan ketentuan Ilahi dan tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Beliau menganggap kejadian yang menimpa anak sulungnya itu sebagai takdir Allah dan memilih untuk menerima dengan hati terbuka.

Tidak buat laporan polis tapi akur arahan sekolah…

Walaupun keluarga tidak berhasrat untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan lanjut, mereka terpaksa akur dengan arahan pihak sekolah.

Kami reda dan anggap ini semua ketentuan ALLAH. Kami memang tak berhasrat untuk memanjangkan kes ini. Ikutkan kami tak mahu buat laporan polis.

Tapi disebabkan kejadian ini berlaku dalam kawasan sekolah, kita kena ikut arahan (untuk buat laporan polis).- Katanya kepada media.

Kenyataan itu dibuat ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Binjai, Penaga, pada Jumaat, selepas selesai pengebumian anaknya.

Bapa tak pernah lihat anak beli atau makan gula-gula tu…

Menurut Mohammad Fakhruddin, anaknya tidak pernah membeli atau makan gula-gula tersebut sebelum ini. Dia percaya kejadian ini hanyalah asbab kematian yang telah ditentukan oleh takdir.

Dia tak pernahlah beli gula-gula tu. Mungkin dia tak tahu atau kadang-kadang dia ikut kawan-kawan beli. Saya tak salahkan makanan macam tu, sebab makanan apa-apa pun mungkin boleh jadi (tercekik). Kita anggap ni dugaanlah dan saya tak mahu salahkan sesiapa.- Katanya lagi.

Beliau berharap kejadian ini dapat menjadi pengajaran buat semua agar insiden serupa tidak berlaku kepada kanak-kanak lain.

#ApaKataOhmedia

Kejadian ini satu pengajaran kepada ibu bapa dan guru untuk lebih berhati-hati dengan makanan yang dimakan oleh anak-anak. Makanan yang kelihatan biasa boleh membawa risiko jika tidak dikunyah dengan betul. Salam takziah buat keluarga, Al-Fatihah buat adik Fahmi.


Scroll to Top