Bapa kahwin lagi, pilih janda anak tiga sebagai peneman hidup

Bapa kahwin lagi, pilih janda anak tiga sebagai peneman hidup

TASIKMALAYA – Kisah pernikahan seorang lelaki berusia 66 tahun dengan wanita 44 tahun di Tasikmalaya, Jawa Barat, menjadi tular selepas dirakam dan dikongsi di media sosial.

Video berdurasi 22 saat itu pada mulanya dimuat naik oleh pengguna TikTok, @yuyunrahayumc yang memperlihatkan majlis akad nikah pasangan berkenaan yang berlangsung di Pejabat Urusan Agama (KUA).

Dalam rakaman itu, pengantin lelaki mengenakan baju serba putih, bersongkok dan berseluar hitam manakala isterinya tampil manis dengan hijab merah jambu dan gaun putih.

“POV pernikahan pria usia 66 tahun dan wanita usia 44 tahun,” tulis @yuyunrahayumc.

Menurut perkongsian video seterusnya, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Om Engkus sebelum ini kehilangan isterinya pada 2004, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah 32 tahun hidup bersama.

Anak tunggalnya, Didit, yang sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak yang tidak sampai hati melihat bapanya menjalani Ramadan bersendirian.

“Dengan penuh perhatian, Didit mencadangkan agar bapanya berkahwin lagi. Pada mulanya Om Engkus ragu-ragu tetapi akhirnya bersetuju. Didit kemudian mencadangkan nama calon isterinya Teh Lela kerana sikapnya yang perwatakan sopan santun,” jelas Yuyun.

Teh Lela, yang bekerja sebagai pembantu rumah dan mempunyai tiga orang anak, pada awalnya bimbang tentang statusnya sebelum akhirnya bersetuju selepas melalui perbincangan panjang.

“Teh Lela meminta agar Om Engkus menerima dirinya seadanya. Ramadan kali ini menjadi peluang kedua buat mereka menerima cinta di usia senja,” tambah Yuyun.

Video perkahwinan mereka kini telah ditonton lebih 851,000 kali di TikTok, dengan ramai netizen memberi komen positif.

“Perkahwinan di usia ini bukan sekadar mencari cinta, tetapi mencari teman hidup di hari tua. Semoga bahagia,” kata seorang pengguna TikTok @_hambaaa.allah25.

“Tak kira umur berapa pun, cinta datang tanpa diundang. Nikmati sahaja,” ujar @None.

Wolipop turut menghubungi Yuyun yang merakam momen istimewa itu.

“Ya, lucu juga, kakek-kakek mahu nikah lagi. Tapi dimaklumkan sebab perlukan teman hidup di rumah. Om Engkus hanya di rumah kerana dia pesara Pengawas Dinas Pendidikan Kota Tasikmalaya,” katanya.

Menurut Yuyun, pasangan itu melangsungkan akad nikah pada 13 Februari 2025 di KUA Tasikmalaya dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat. – Agensi

Scroll to Top