Bapa empat anak terlepas hukuman gantung

Bapa empat anak terlepas hukuman gantung

zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Seorang bapa kepada empat anak terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine, tiga tahun lalu.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh, Muhammad Fazilah Ngah, 42.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 73.86 gram di rumah di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu pada 9 Jun 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguamdaripada Tetuan Wan Zainuddin & Co, Wan Zainuddin Wan Musa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top