Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menjadi perhatian gara-gara dua beranak yang dibicarakan secara berasingan di atas kesalahan berkhalwat dan persediaan untuk zina.
Memetik laporan Kosmo!, bapa Mat Husin Sulaiman yang bekerja sebagai tukang urut bersama pasangannya Aslina Razali didakwa melakukan persediaan untuk persetubuhan luar nikah di Kampung Surau Haji Daud, Terengganu pada 19 Mei lalu.

Mereka dijatuhkan hukuman denda RM4,500 oleh Hakim Syarie Mohd. Nazri Yusof. Manakala anak perempuan Mat Husin iaitu Nurul Hadhari dan pasangannya Che Mohammad Aidil Hakim Rozali didakwa berkhalwat buat kali kedua.
Anak perempuan berkhalwat kali kedua
Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu pada pada pukul 4.14 pagi, 18 Mac lalu.
Untuk kesalahan khalwat kali kedua, pasangan ini didenda masing-masing RM3,000 dan RM4,000 oleh Hakim Syarie Hamidi Syafie. Pasangan ini juga terlepas hukuman sebat.
Sudah berkahwin sejak Julai

Pada 1 Februari lalu, pasangan yang merupakan pelajar kolej ini pernah ditangkap di lokasi sama dan dikenakan hukuman didenda RM1,900 dan RM2,000.
Difahamkan, pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak Julai lalu dan dua kesalahan khalwat tersebut berlaku pada bulan Februari dan Mac.
#OhmediaNasihat
Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan adalah satu perbuatan yang salah di sisi agama. Sebaiknya, menikahlah untuk menghalalkan hubungan dan mengelakkan terjerumus ke lembah zina.
