Bapa budak terperangkap dalam lif mohon maaf, sedia bertanggungjawab 

Bapa budak terperangkap dalam lif mohon maaf, sedia bertanggungjawab 

Bapa kepada salah seorang budak terperangkap dalam lif di pangsapuri di Desa Petaling, Kuala Lumpur mohon maaf secara terbuka kepada umum atas sikap nakal anaknya.

Menurut laporan Majoriti, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Zaidi Zakaria terima teguran orang ramai dengan hati terbuka dan menjadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran untuk masa akan datang.

Budak terperangkap dalam lif

budak terperangkap dalam lif

Artikel lain: CCTV rakam budak letak selipar celah pintu punca terperangkap 9 jam dalam lif

“Salah seorang kanak-kanak yang terperangkap itu anak saya. Saya terima segala kritikan masyarakat dengan hati yang terbuka sebagai pengajaran masa akan datang.
“Tanpa gagal saya sentiasa memberi didikan untuk anak-anak, adakala kedegilannya tanpa diduga di luar kawalan saya.
“Paling utama, Alhamdulillah anak saya selamat. Apa pun saya bersedia bertanggungjawab atas setiap kesilapan yang dilakukan anak-anak saya.
“Moga mendapat doa yang baik dari anda semua. Mohon maaf saya pinta dari pihak saya serta anak-anak,” katanya.

Budak terperangkap dalam lif

Terdahulu, dua kanak-kanak lelaki iaitu Faiq Adiwira, 11 dan Muhammad Harith Absyar, 10, ditemukan di dalam lif selepas dilaporkan hilang selama sembilan jam.

Pihak pengurusan menjelaskan lif berkenaan berfungsi dengan baik dan tiada kerosakan.

Bagaimanapun, tindakan salah seorang budak lelaki terbabit bertindak meletakkan selipar di tengah-tengah pintu lif mengaktifkan sistem auto-lock dan lif terus terhenti daripada berfungsi.

Sumber: Majoriti (Adriana Mroon Ambrose)