Bapa Bayi Yang Dibekukan 16 Hari Akhirnya Cerita Panjang Lebar Kejadian Sebenar! | Oh! Media

Bapa Bayi Yang Dibekukan 16 Hari Akhirnya Cerita Panjang Lebar Kejadian Sebenar! | Oh! Media

Bapa kepada bayi yang disimpan dalam peti sejuk selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta, Safwan Roshdy mendedahkan pengalaman tragis mengenai kejadian itu.

Menurut laporan Harian Metro, perkara Ini terjadi selepas dirinya tidak mampu untik menjelaskan bil hospital dengan segera.

Menurut Safwan lagi, isterinya bersalin di hospital swasta secara tidak dirancang setelah ada individu yang menghantar isterinya yang sedang sakit ke hospital itu.Ā 

Ketika itu, dia sedang bekerja di Shah Alam dan bergegas pulang selepas menerima berita isterinya bakal bersalin.

Bayi dilahirkan tanpa organ sempurna

Safwan diberitahu bahawa bayi mereka tidak sempurna, lahir tanpa hidung dan lubang dubur. Walau bagaimanapun, dia menerima ketentuan Allah dengan tabah.Ā 

Bayi saya lahir dengan selamat, sempat menangis dan aktif semasa iqamatkan, tetapi kemudian diberitahu meninggal akibat kesukaran bernafas.

Beliau memohon untuk menguruskan jenazah bayinya tetapi pihak hospital tidak membenarkan kerana bil hospital masih belum dilangsaikan.

Nafi dakwaan tidak berkahwin

Dalam kenyataan lain, pihak hospital mendakwa Safwan dan isterinya tidak berkahwin serta enggan menuntut jenazah.Ā 

Namun, Safwan menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan yang isterinya tidak memiliki ā€˜buku pinkā€™ kerana mereka tidak mampu mendapatkan rawatan berkala di hospital.

Keadaan bertambah rumit apabila Safwan perlu meminta bantuan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) untuk menyelesaikan urusan pengebumian anaknya.Ā 

Dia turut menyatakan bahawa keadaan isterinya kini sangat tidak stabil akibat tekanan emosi yang teruk.

#OhmediaNasihat

Kisah ini mengingatkan kita tentang kepentingan sistem sokongan yang lebih baik untuk keluarga kurang berkemampuan. Hospital sepatutnya mempertimbang keadaan kewangan pesakit dengan lebih empati, terutama dalam kes melibatkan kematian bayi. Kita juga perlu lebih berlapang dada sebelum membuat tuduhan terhadap orang lain.


Scroll to Top