Penyanyi Aisha Retno mendedahkan dia mempunyai segala bukti berhubung isu pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno anjuran pihak Kharisma Music International.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Aisha berkata dia mendoakan yang terbaik buat penganjur, Yuka Kharisma selain mengingatkan untuk mengambil iktibar diatas apa yang berlaku agar tidak berulang.
“Lebih banyak bukti yang akan didedahkan kelak dan keadilan akan terbongkar. Insya-Allah.
“Saya mendoakan yang terbaik buat dirinya, konsert dia dan konsert lainnya terjual. Harap dia menjadi penyanyi berjaya suatu hari nanti di mana dia tidak perlu menumpang populariti serta bakat orang lain,” katanya.
Sementara itu, Aisha memberitahu dia memaafkan pihak penganjur di atas apa yang berlaku susulan tindakan membatalkan konsertanya yang sepatutnya diadakan pada 16 November lalu.
“Saya akan (maafkan) sebab jauh di dasar hati, dia berhati mulia cumanya keluarga dan rakan-rakan (yang pernah dianaiya dia) akan memaafkan dia?
“Hanya padang mahsyar yang boleh menjawab. Nauzubillahiminzalik, terima kasih Allah atas nikmat dan cabaran ini,” tulisnya.