Tular di TikTok dakwaan bahawa barangan sumbangan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1 diasingkan.
Mangsa banjir dikatakan hanya menerima sebungkus biskut dan mi segera, mencetuskan persoalan ramai.
BACA: Mangsa Banjir Di Tumpat Dakwa Barangan Bantuan Khairul Aming Dicatu Penghulu
Memetik laporan Sinar Harian, Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri, tampil memberi penjelasan mengenai isu ini.
Asingkan bantuan tindakan betul
@user34417455075593 MEMANG TERUK KENA DUDUK PPS SK TUMPAT 1, BANYAK BARANG YANG SAMPAI TAPI YANG DIBAGI HANYA SEDIKIT SHJ. MEMANG TERUK KETUA KAMPUNG SINI (TOK NGULU LIE). SY TAK NAFIKAN MUSIM SEKARANG MEMANG TAK CUKUP BEKALAN MAKANAN TAPI BARANG2 MEMANG BANYAK SAMPAI TAPI YANG DIBAHAGI HANYA SEDIKIT SHJ. DIORANG SANGGUP ASINGKAN BARANG2 YANG SEPERTI DALAM VIDEO. PENGALAMAN SY SEBELUM INI DEKAT PPS BANJIR JIKALAU ADA BARANG YANG SAMPAI, LEPASTU PERLU DIAGIHKAN KAD PPS HARUS DITANDA BAHAWA BARANG TERSEBUT DAH DAPAT TETAPI DISINI KAD DITANDA TETAPI BARANG TAK DAPAT. SAYA DAH BERTANYA KEPADA TOK NGULU LIE TAPI DIA BERITAHU BANTUAN DARI KHAIRUL AMING NIE BAWAHAN DIA JADI SESUKA HATI DIA NAK BUAT MACAM MANA. #PPSSKTUMPAT1 #fyp #fypシ゚ #foryoupage #banjir2024 @Khairulaming
Menurutnya, tindakan mengasingkan bantuan yang diterima adalah tindakan betul yang dibuat penghulu.
Jelasnya, tindakan tersebut bukanlah kerana mahu “menyorok” bantuan, tetapi bertujuan memastikan agihan yang lebih adil kepada semua penghuni PPS.
Katanya lagi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan biasanya tidak mengetahui jumlah sebenar penghuni PPS.
Memastikan bantuan diagihkan dengan adil

Oleh itu, pihak PPS perlu mengasingkan bantuan supaya setiap mangsa mendapat bahagian yang mencukupi.
Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.
Tambahnya lagi, jika ada yang mendakwa wujud salah guna atau ketidakadilan, mereka digalakkan membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan bukti yang kukuh.
#OhmediaNasihat
Dalam keadaan bencana, komunikasi adalah sangat penting untuk mengelakkan salah faham. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan mangsa banjir yang ramai. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik untuk mengelakkan nama baik individu tercalar.
