Bantu guna modal sendiri, Abang Viva jawab isu dah tak nampak di lokasi banjir

Bantu guna modal sendiri, Abang Viva jawab isu dah tak nampak di lokasi banjir

Banjir di Pantai Timur sudahpun bermula. Beberapa kawasan telah dinaiki air dan arus agak deras memasuki kawasan kediaman sesetengah penduduk.

Paling terasa sudah tentu di Terengganu apabila terdapat mangsa kematian direkodkan disebabkan bencana banjir ini.

Jadi, khidmat Abang Viva yang biasa dilihat sewaktu banjir-banjir besar melanda Malaysia mulai ditagih oleh sesetengah pihak yang buntu untuk mencari pertolongan.

@4wilayahnara

di mana kamu abang viva.🥺#tahunbaru2023 #fypage #fypシ #banjir2022 #xyzbca #abangviva #malaysia #fyp #fypシ゚viral #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – Madara – Madara

Walau bagaimanapun, menerusi siaran langsung di media sosial, Abang Viva atau Azwan Omar telah menjawab tohmahan netizen yang menuduhnya sudah sudah tidak kelihatan di kawasan banjir sejak terkenal.

Menurut pemuda berusia 30 tahun itu, dia cumalah seorang sukarelawan dan bukanlah berkhidmat dalam mana-mana jabatan. Dia turut mendedahkan bahawa modal untuk ke sesuatu kawasan itu mencecah ribuan ringgit dan dia menanggungnya secara peribadi.

@chaiyoe9

Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral

♬ bunyi asal – Chai – Chai

Perkongsian yang dibuat akaun @chaiyoe9 itu telah menghadirkan pelbagai komen dari netizen yang memahami apa yang ditanggung oleh Abang Viva.

Mereka juga menjelaskan yang pemuda itu bersama teamnya telah menjalankan misi bantuan di Terengganu ketika ini namun tidak begitu menguar-uarkan kepada orang ramai.

Menjengah ke Facebook pemuda kelahiran Melaka itu, dapat dilihat gerak kerjanya bersama pertubuhan yang dibangunkan apabila berada di Terengganu menjalankan misi banjir.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan dan turut memohon maaf andai ada lokasi banjir yang tidak dapat dibantu kerana kekangan waktu serta perjalanan memadangkan beberapa jalan sudah ditutup.

 

Sumber: TikTok @4wilayahnara, @chaiyoe9, Facebook Azwan Omar

Scroll to Top