Bank Rakyat umum dividen 2024, 17 peratus

Bank Rakyat umum dividen 2024, 17 peratus

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 17 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, meningkat berbanding 15 peratus pada tahun kewangan 2023.

Ia membabitkan pembayaran berjumlah RM486.32 juta kepada 773,859 anggota koperasi, dan dividen itu akan dikreditkan mulai 16 April 2025.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pencapaian itu harus dipuji memandangkan Kumpulan Bank Rakyat tidak terkecuali daripada berdepan dengan ketidaktentuan pasaran ekonomi global serta persekitaran perbankan yang semakin mencabar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top