Bank Rakyat umum dividen 17 peratus

Bank Rakyat umum dividen 17 peratus
Ahmad Shahril (dua dari kanan) dan Mohd Irwan (tengah) ketika mengumumkan jumlah dividen Bank Rakyat di Kuala Lumpur pada Rabu.

Ahmad Shahril (dua dari kanan) dan Mohd Irwan (tengah) ketika mengumumkan jumlah dividen Bank Rakyat di Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 17 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM486.32 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pembayaran dividen yang akan memanfaatkan 773,859 ahli itu dilaksanakan bermula 16 April.

Menurutnya, pencapaian itu wajar dipuji kerana Bank Rakyat turut berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global dan landskap perbankan yang semakin mencabar.

Ahmad Shahril (dua dari kanan), Mohd Irwan (tiga dari kanan) dan Ewon (tiga dari kiri) mengumumkan jumlah dividen Bank Rakyat dalam majlis pengumuman prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini pada Rabu. Foto - SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ahmad Shahril (dua dari kanan), Mohd Irwan (tiga dari kanan) dan Ewon (tiga dari kiri) mengumumkan jumlah dividen Bank Rakyat dalam majlis pengumuman prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini pada Rabu. Foto – SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Bank Rakyat berjaya kekalkan prestasi kadar dividen dua digit bagi tempoh lebih 20 tahun.

“Saya percaya pencapaian ini hasil komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan mandat dipertanggungjawabkan bagi memperkasa kesejahteraan ekonomi ahli dan pelanggan,” katanya semasa majlis pengumuman prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat di sini pada Rabu.

Hadir sama, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Ahmad Shahril (dua dari kanan), Mohd Irwan (tiga dari kanan) dan Ewon (tiga dari kiri) mengumumkan jumlah dividen Bank Rakyat dalam majlis pengumuman prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini pada Rabu. Foto - SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ahmad Shahril (dua dari kanan), Mohd Irwan (tiga dari kanan) dan Ewon (tiga dari kiri) mengumumkan jumlah dividen Bank Rakyat dalam majlis pengumuman prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini pada Rabu. Foto – SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Mengulas lanjut, Ewon berkata, Kumpulan Bank Rakyat turut meneruskan sokongan mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM36.43 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.

“Satu peratus bersamaan RM18.22 juta lagi disumbangkan kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi, menjadikan jumlah sumbangan sebanyak RM54.65 juta berbanding RM53.21 juta pada tahun sebelum,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Irwan berkata, Kumpulan Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat lebih tinggi berjumlah RM1.82 bilion, berbanding RM1.76 bilion pada tahun sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 3.15 peratus.

Menurutnya, keuntungan sebelum cukai dan zakat lebih tinggi itu dicapai melalui kekukuhan asas, fokus terhadap aktiviti teras serta didorong keadaan ekonomi domestik yang bertambah baik untuk kekal berdaya tahan.

“Prestasi memberangsangkan ini dipacu tawaran menarik berterusan dalam segmen pembiayaan pengguna, di samping memberi tumpuan kepada pendapatan bukan berasaskan dana,” katanya.

Scroll to Top