Bank Pertanian bantu selamatkan tanah Melayu daripada tergadai – Utusan Digital

Bank Pertanian bantu selamatkan tanah Melayu daripada tergadai – Utusan Digital

Pada 24 Disember 1979, Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Pertanian melalui bank-banknya sedia menolong orang Melayu Pulau Pinang untuk menyelamatkan tanah mereka daripada tergadai atau terjual.

Menurut menterinya, Datuk Shariff Ahmad, masalah besar yang dihadapi kementeriannya untuk memajukan tanah orang Melayu Pulau Pinang ialah ketiadaan agensi pengurusan dan tenaga pakar.

Namun begitu kata beliau, kementeriannya melalui Bank Pertanian, Bank Rakyat dan Jabatan Koperasi mempunyai keupayaan kewangan untuk membiayai projek-projek memajukan tanah Melayu dalam bandar.

Antara peristiwa lain yang menarik

24 Disember 1968 – Tokoh bangsawan terkenal di Singapura, Malaysia dan Indonesia, Syed Ali Syed Mansor Al Atas, 95, yang dikenali “Syed Ali Otelo” meninggal dunia.

24 Disember 1972 – Datuk Mohammad Asri mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan minggu hadapan.

24 Disember 1979 – Pemain bolasepak termahal Eropah, Kevin Keegan, 28, mengesahkan akan meninggalkan kelab Hamburg, Jerman pada akhir musim ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Scroll to Top