Bank Islam Lancar Aplikasi Baru BIMB, Lebih Moden Dan Mudahkan Urusan Perbankan! | Oh! Media

Bank Islam Lancar Aplikasi Baru BIMB, Lebih Moden Dan Mudahkan Urusan Perbankan! | Oh! Media

Bank Islam baru saja melancarkan aplikasi dan laman web perbankan baru iaitu BIMB yang menawarkan pengalaman lebih moden dan mudah untuk penggunanya. 

Menurut laporan Amanz, aplikasi ini boleh dimuat turun di iPhone, Android, dan Huawei selain akses melalui web di BIMB.com.

Interface BIMB lebih moden dan banyak fungsi

BIMB

Aplikasi BIMB tampil dengan antara muka (interface) yang lebih kemas, moden, dan mesra pengguna. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh menguruskan akaun, simpanan, kad, dan pinjaman mereka dalam satu platform sahaja.

BIMB bersi dinaik taraf daripada Bank Islam GO

Bank Islam GO

Menurut Bank Islam, aplikasi BIMB adalah versi naik taraf kepada aplikasi Go yang terdahulu. Selain reka bentuk yang lebih moden, sistem keselamatannya juga telah dipertingkatkan untuk memastikan data pengguna lebih selamat.

Buka akaun dan bayar zakat pun boleh

BIMB

Bukan sekadar urusan perbankan asas, aplikasi BIMB juga membolehkan pengguna membuka akaun baharu dan melakukan pembayaran zakat dengan lebih mudah. 

Bukan tu jer, ciri DuitNow juga turut tersedia dan memudahkan transaksi hanya melalui aplikasi ini.

Untuk memuat turun aplikasi BIMB, pengguna perlu menggunakan peranti dengan sistem operasi iOS 13 ke atas atau Android 10 ke atas, seperti yang dilaporkan oleh Amanz.

#OhmediaNasihat

Dengan kemajuan teknologi perbankan seperti ini, tiada alasan lagi untuk tidak mengurus kewangan dengan bijak. Muat turun aplikasi BIMB hari ini dan nikmati kemudahan yang ditawarkan. Jangan lupa pastikan peranti anda memenuhi spesifikasi yang diperlukan supaya semuanya berjalan lancar!


Scroll to Top