Banjir: MB arah projek RTB dipercepatkan

Banjir: MB arah projek RTB dipercepatkan

farid_noh@bh.com.my

Kota Tinggi: Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi mengarahkan supaya pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini dipercepatkan bagi mengurangkan impak bencana banjir yang sering melanda Johor.

Onn Hafiz berkata, beliau diberi taklimat mengenai tiga projek RTB di Sungai Johor dan Sungai Pemandi, di sini, yang kini berada dalam fasa pelaksanaan.

“Saya telah mengarahkan pihak berkenaan supaya mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan ini bagi mengurangkan impak banjir yang sering melanda negeri Johor.

“Isu ini harus ditangani dengan segera dan lebih serius supaya kejadian banjir yang sama tidak berulang pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan dimuat di Facebook, hari ini.

Hari ini, penduduk Taman Mawai di sini, yang sudah berhadapan bencana banjir lebih 20 kali sejak 15 tahun lalu, dilaporkan amat berharap supaya projek RTB daerah itu dapat segera disiapkan.

Terdahulu Onn Hafiz sempat menyantuni mangsa banjir di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, membabitkan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC ) New Kota, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Usman Awang, PPS SK Laksamana dan PPS s

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,726 penduduk daripada 1062 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas, setakat 2 petang tadi berbanding 3,449 penduduk di 36 PPS di lima daerah, 8 pagi tadi.

Penduduk rayu segerakan siap projek rancangan tebatan banjir

‘Suami baring atas kerusi ruang tamu pun tak perasan air dah masuk rumah’

3 maut dihanyut arus deras baru pulang dari memancing

Persiapan mangsa banjir rai Tahun Baharu Cina serba sederhana

5 keluarga terpaksa berpindah, air laut limpah ke kawasan rumah

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top