Banjir kilat di Kuchai Lama, netizen dakwa angkara longkang tersumbat

Banjir kilat di Kuchai Lama, netizen dakwa angkara longkang tersumbat

Petang tadi, banjir kilat dilaporkan telah melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur dan antaranya Jalan Kuchai Lama.

Beberapa video tular di media sosial dimana beberapa kenderaan dilihat ditelanggami air di tengah-tengah jalan sehingga menyebabkan berlalu kesesakan lalu lintas sejak hujan lebat pukul 3 petang tadi.

@utusantvofficial

Banjir di Kuchai Lama, KL. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia #Banjir2022

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Isu banjir kilat yang berlaku di Kuchai Lama sedang hangat diperdebatkan di platform Twitter oleh warganet.

Ianya dikatakan berpunca daripada longkang yang tersumbat disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab penduduk setempat.

Dalam bebenang yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi itu, air dikatakan terus surut sebaik sahaja kerja-kerja pembersihan longkang selesai.

Daun-daun tidak bersalah dalam hal ini, tetapi sampah yang terkumpul yang menjadi punca mengapa air hujan tidak dapat disalurkan ke dalam longkang.

Hebat macam mana sekalipun sistem pentadbiran sesebuah negara, jika mentaliti dan tabiat rakyat masih berada pada tahap sifar kesedaran, segala usaha adalah sia-sia.

Terdapat warga Twitter sempat berseloroh mengenai isu yang berkait rapat dengan amalan membuang sampah tidak dapat diwarisi sekiranya dihentikan.

Sumber : Tiktok UtusanTv , Twitter Sharifah Sofia 

Scroll to Top