Kuala Lumpur: Gagal sehingga empat mata pelajaran ketika peperiksaan di Tingkatan Empat, tidak mematahkan semangat Mohd Aqil Fakhrul Ahmad Fadil, 18, untuk bangkit semula, seterus- nya cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Berbekalkan keazaman dalam diri untuk berjaya dan hasrat menggunung membantu keluarga, anak jati Dungun, Terengganu itu gigih berusaha dan akhirnya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2022.
Anak ketiga daripada enam adik-beradik itu kini sedang menyambung pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam Program Asasi Kejuruteraan Mekanikal bagi mencapai cita-citanya menjadi jurutera mekanikal.
Mengimbas kisah dua tahun lalu itu hingga menyebabkan keputusan peperiksaan merosot mendadak, anak yatim itu berkata, ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dalam
kaedah dalam pembelajaran berubah sepenuhnya.
Katanya, dia bertambah sedih apabila nenek yang menjaganya sejak bayi meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usia 61 tahun.
“Ketika itu saya belajar di Sekolah Menengah (SM) Sains Dungun dan saya memang ‘down’ sehingga menyebabkan pelaja- ran terjejas dan merosot teruk.
“Namun, berbekalkan kata-ka- ta semangat daripada guru dan mengenangkan masih mempunyai ibu, datuk dan adik-beradik yang sentiasa memberi sokongan, saya bangun semula.
“Ketika di Tingkatan Lima, saya terus berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya ber- baloi kerana mendapat keputusan membanggakan,” katanya.
Mohd Aqil Fakhrul berkata, sebelum melanjutkan pengajian di UTP dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil.
Namun, katanya pada hari sepatutnya mendaftar di universiti berkenaan dia mendapat panggilan telefon daripada kakaknya yang memaklumkan ibunya, Suhaila Alias, 43, meninggal dunia.
Katanya, ibunya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan meninggal dunia akibat menghidap kanser rahim.
“Tanpa sempat mendaftar, saya bergegas pulang ke kampung di- hantar seorang rakan dan ketika itu saya rasakan hidup seperti kosong kerana kehilangan ibu tersayang,” katanya.
Selesai urusan pengebumian ibunya, Mohd Aqil Fakhrul cekalkan diri dan kembali ke UiTM Dengkil untuk mendaftar.
“Namun saya hanya sempat berada di situ selama seminggu sahaja apabila mendapat tajaan pendidikan oleh PETRONAS melalui Program Memperkasakan Ilmu.
“Dengan tajaan ini, saya tidak perlu bimbang lagi mengenai yuran pengajian dan wang saku bulanan kerana mendapat elaun yang mencukupi,” katanya.
Bersyukur dapat tajaan
(Dari kiri) Mohd Aqil Fakhrul Ahmad Fadil, Ahmad Aiman Hakim Abdullah, dan Muhammad Aniq Arshad Mohd Nor. – FOTO PETRONAS
Beliau bertekad belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya bekerja di PETRONAS.
Sementara itu, Muhammad Aniq Arshad Mohd Nor, 18, yang berasal dari Kuala Terengganu berkata, dia mengetahui mengenai tajaan pendidikan daripada PETRONAS sejak Tingkatan Empat.
Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, sebagai persediaan mendapatkan tajaan itu dia menyertai pelbagai aktiviti di sekolah dan luar sekolah termasuk Kem Kepimpinan Kebangsaan yang diadakan selepas SPM.
Muhammad Aniq Arshad berkata, dia sedar keluarganya bukan hidup senang kerana bapanya bekerja sebagai anggota bomba, manakala ibunya, suri rumah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.
Justeru, apabila ditawarkan tajaan pendidikan daripada PETRONAS dia bersyukur karena tidak perlu lagi bergantung kepada kedua ibu bapanya kerana elaun bulanan yang diberikan sudah mencukupi untuk menampung kehidupan sebagai seorang pelajar.
“Kini saya sedang melanjutkan pengajian dalam Asasi Sains Komputer selama setahun di Universiti Sunway dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sama bagi mencapai cita-cita menjadi Jurutera Perisian,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Aiman Hakim Abdullah, 18, dari Dungun, menjadikan bapa saudaranya yang bekerja di PETRONAS sebagai inspirasi untuk menyambung pengajian di UTP dan seterusnya bekerja di syarikat berkenaan.
Anak ketiga daripada keempat itu berkata, dia kemudian banyak bertanyakan kepada kaunselor dan guru di sekolah serta pelajar ‘senior’ mengenai tajaan pendidikan PETRONAS.
“Sebaik tamat SPM, saya memohon banyak biasiswa untuk menyambung pengajian sebagai persediaan kerana enggan menyusahkan kedua ibu bapa yang hanya bekerja kampung sahaja.
“Tidak sangka, saya mendapat tajaan yang diimpikan sejak sekolah iaitu daripada PETRONAS dan menjadi antara anak kampung yang berjaya menyambung pengajian,” katanya.
Ahmad Aiman tinggal di sekolah berasrama sejak Tahun Tiga lagi, dan kini dia menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di UTP.
Dia yang pernah menjadi ketua pelajar ketika di Tingkatan Lima amat berharap, tajaan PETRONAS itu akan membantunya mencapai cita-cita menjadi Jurutera Kimia suatu hari nanti.
© New Straits Times Press (M) Bhd