Baru-baru ini, balu kepada Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali undang perhatian ramai selepas memuat naik video di TikTok yang memaparkan dirinya keluar berjalan-jalan bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran seorang lelaki misteri berbaju putih yang memimpin tangan Hamzah dalam video tersebut. Namun, wajah lelaki itu disembunyikan dengan pelekat emoji sepanjang video.
Netizen mula berspekulasi
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen berteka-teki tentang identiti lelaki itu.
Ada yang mendakwa mungkin itu kekasih baharu Hidayah dan tidak kurang juga yang mendoakan kebahagiaan ibu tunggal tersebut.
Kalau betul dah jumpa pengganti, alhamdulillah. Semoga dia bahagia dan lelaki itu dapat sayang Hamzah seperti anak sendiri,” tulis seorang pengguna TikTok.
Bukan kali pertama jadi perhatian

Ini bukan kali pertama Hidayah mencuri perhatian. Sebelum ini, dia berkongsi momen sambutan ulang tahun kelahirannya bersama seorang lelaki telah mencetuskan spekulasi bahawa dia sudah bertemu pengganti.
Untuk info, Hidayah berkahwin dengan pelawak terkenal, Abam Bocey, pada 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Hamzah, yang kini berusia enam tahun. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Abam menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
#OhmediaNasihat
Setiap insan berhak mencari kebahagiaan baru, terutama selepas melalui kehilangan besar. Jika benar Hidayah sudah menemui seseorang, kita doakan kebahagiaan dan keikhlasan lelaki itu untuk menyayangi Hidayah dan Hamzah sepenuh hati. Hormati privasi mereka dan elakkan membuat spekulasi melampau.
