Balingan kayu dibalas buah-buahan

Balingan kayu dibalas buah-buahan

PAS ini dah biasa kena kecam. Masa bukan kerajaan pun kena kecam, apatah lagi masa jadi kerajaan. Lebih-lebih lagi musim pandemik COVID-19 ini. Memang ini musim rakyat dalam kesusahan. Negara mana yang rakyatnya tak kecam kerajaan? Negara maju seperti Amerika dan Jepun pun rakyatnya kecam kerajaan. 

Jadi tak hairan kerajaan hari ini jadi ‘punching bag’ rakyat yang sedang stres dan keresahan. Apa yang menarik, kecaman itu seolah-olah tak menjatuhkan semangat orang PAS untuk berkebajikan. PAS memang sudah sinonim dengan kebajikan. Siapa yang tak kenal Jabatan Amal PAS?

Advertisement

Waktu jadi pembangkang pun dah biasa tolong orang susah, apatah lagi waktu jadi kerajaan. Inilah yang menyebabkan saya semakin jatuh cinta dan sayangkan PAS. PAS ini umpama pokok yang berbuah. Walau dibaling batu dan kayu, ia tetap membalasnya dengan menggugurkan buah-buahan.

Saya kongsikan ‘screenshot’ sekelumit cerita orang-orang PAS yang sedang ‘menggugurkan buah-buahan’nya sama ada atas nama kerajaan atau sumbangan dari duit poket ahli sendiri. Banyak lagi yang tak sempat saya kongsikan. Itu pun yang dapat dikesan di media sosial, saya percaya amal yang disembunyikan jauh lebih banyak lagi. 

Semoga Allah terima segala amal kebajikan ini, samada dibuat secara bersembunyi mahupun terang-terangan, sebagai amalan soleh yang pahalanya dapat dikutip di akhirat kelak. Terhadap kumpulan yang mengecam, jika ada ‘point’ yang konstruktif kita ambil, selebihnya kita doakan yang baik-baik sahaja sudahlah.

Oh ya, rasanya patut juga saya ucapkan penghargaan kepada orang-orang bukan PAS yang turut gigih menghulurkan sumbangan. Anda memang ‘awesome’!

BASRI DIN KAMAR – HARAKAHDAILY 5/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000259785486/posts/4449301081755174/