“Bakar Tangan, Diliwat Dan Dipaksa Meliwat” – Sisi Gelap Rumah Kebajikan Naungan Syarikat Popular Terbongkar | Oh! Media

“Bakar Tangan, Diliwat Dan Dipaksa Meliwat” – Sisi Gelap Rumah Kebajikan Naungan Syarikat Popular Terbongkar | Oh! Media

Ahli keluarga penghuni rumah kebajikan naungan syarikat berkaitan produk Islam terkenal tampil membuat laporan polis mendakwa adiknya telah menjadi mangsa dera, pengabaian dan liwat.

Memetik laporan Harian Metro, kegiatan penderaan fizikal membabitkan penghuni di rumah kebajikan terbabit dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

rumah kebajikan
Sekadar gambar hiasan

Namun, segalanya telah terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Antara bentuk penderaan yang dilakukan di rumah kebajikan itu adalah bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual.

dera
Sekadar gambar hiasan

Lebih mengejutkan, ada dalam kalangan mangsa diliwat dan selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga.

Laporan polis yang dibuat itu antaranya mendakwa salah seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa liwat sejak berusia tujuh tahun dan kini sudah berusia 15 tahun oleh beberapa penjaga di rumah kebajikan kelola syarikat terkenal terbabit.

Sumber tersebut turut berkata salah seorang penghuni iaitu kanak-kanak OKU mengalami sawan namun tidak diberikan rawatan sepatutnya sehingga pernah dimasukkan ke ICU sebuah hospital.

Pemeriksaan juga mendapati empat kanak-kanak mengalami kesan parut di lengan kesan daripada sudu panas yang dicucuh oleh suspek ketika dibawa menerima rawatan di hospital di Seremban.

Kes kini disiasat Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.


Scroll to Top