Bakal timang anak sulung, suami Fila Amir sediakan RM100,000 buat beli barang bayi

Bakal timang anak sulung, suami Fila Amir sediakan RM100,000 buat beli barang bayi

Pempengaruh media sosial, Fila Amir menyatakan suaminya, Muhammad Adama Camara  telah menyediakan RM100,000 untuk membeli kelengkapan bayi memandangkan bakal timang anak sulung tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian pasangan tersebut di TikTok, dapat dilihat yang pasangan tersebut menyiapkan wang tunai sebanyak itu untuk bakal cahaya mata mereka yang akan lahir nanti.

Suami siapkan RM100k untuk beli barang bayi

Lebih menarik perhatian sudah tentu tindakan Adama yang meletakkan duit RM100,000 hanya dalam bungkusan plastik sahaja.

Mereka juga dilihat telah mengunjungi sebuah kedai pakaian kanak-kanak untuk membeli beberapa helai baju bayi mereka.

Suami teruja sangat, beli barang banyak

Jelas Fila, suaminya sangat teruja dengan kehamilannya dan telah membeli banyak kelengkapan walaupun baru memasuki sebuah kedai.

Apa yang membuatkan pempengaruh itu geli hati sudah tentu tindakan suaminya yang menyangka barangan bayi mahal sehingga memperuntukkan jumlah wang yang cukup besar.

“Papa (suami) teruja sangat, sekali pergi kedai walaupun sudah banyak kali beli pun harganya baru dalam RM1,000 lebih.
Dia ingat barang bayi mahal.
Alhamdulillah sudah selesai bab baju, banyak lagi yang nak kena beli,” tulisnya.

Nampak betul tak sabar nak timang cahaya mata tu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat pasangan tersebut berbelanja untuk anak mereka yang bakal lahir kerana terlihat langsung tidak kedekut menyambut orang baru dalam keluarnga.

Mereka juga akui seronok melihat pasangan ini dan berharap agar mereka terus bahagia sampai bila-bila.

Memang puas hati dapat mewahkan anak

Seronok tengok mereka bila tahu ada khabar gembira

 

Artikel lain: Fila Amir disahkan hamil selepas 5 tahun jalani IVF, tiub fallopio juga pernah dibuang

Terdahulu, Fila Amir telah membuat baby reveal dan mengumumkan bahawa bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Dia yang sebelum ini berkongsi perjalanan melakukan rawatan kesuburan (IVF) untuk hamil benar-benar menjadi inspirasi buat banyak pasangan yang sedang menanti kehadiran cahaya mata.

Sumber: TikTok filadama_camara

Scroll to Top