Baik pulih dijangka selesai 6 petang – Unifi 

Baik pulih dijangka selesai 6 petang – Unifi 

PETALING JAYA: Perkhidmatan Unifi yang terjejas disebabkan masalah kabel dasar laut dijangka pulih sepenuhnya menjelang pukul 6 petang ini. 

Dalam satu makluman Unifi menyatakan pasukannya sedang bertungkus lumus menangani gangguan tersebut. 

“Pasukan kami sedang giat mengoptimumkan sambungan bagi meningkatkan pengalaman pelayaran internat dan baik pulih sepenuhnya dijangka selesai pada 6 petang hari ini,” katanya. 

Terdahulu, Telekom Malaysia Berhad (TM) dilaporkan mengalami masalah kabel dasar laut sekali gus dikhuatiri memberi kesan kepada penggunaan internet terutama perkhidmatan Unifi. – UTUSAN

Scroll to Top