am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Ini adalah usaha saat akhir untuk membantu golongan memerlukan menyambut Aidilfitri.
“Bagi yang memerlukan beras, boleh ambil di Madrasathul Faridiyah pagi esok (Ahad),” kata Datuk Jawahar Ali Taib Khan.
Menurutnya, sebanyak 3,333 kampit beras disediakan untuk diberikan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan hasil sumbangan pelbagai pihak.
Katanya, ia adalah kesinambungan daripada bantuan Aidilfitri yang diadakan di madrasah berkenaan, 7 Mac lalu.
“Untuk memudahkan penerima, kita letakkan beras-beras ini di madrasah dan agihan lori.
“Kali ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan turut sama menyantuni penerima, selain Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohd Ajib Ismail,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya apakah makna 3,333 kampit beras berkenaan, beliau berkata, ia suatu kebetulan kerana jumlah sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak melebihi 3,000 kampit.
“Kebetulan saya suka nombor 3 dan saya jadikan simbolik untuk bantuan ini. Diharap mereka khususnya orang Wangsa Maju dapat hadir untuk mengambil beras ini seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd