Isu ‘body shaming’ bukan sesuatu yang jarang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi di kalangan golongan bersaiz gempal sehingga mereka digelar dengan nama bukan-bukan.
Namun, lebih teruk lagi jika orang sekeliling termasuklah ahli keluarga sendiri turut serta mengejek dan dijadikan bahan jenaka. Nampak remeh kan? Tetapi ia boleh mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan mental individu yang kena ‘body shaming’ itu.
Tahu tak, ‘body shaming’ ni bukan sahaja dialami oleh golongan bertubuh ‘gempal’ sahaja. Sebenarnya ia turut dialami oleh insan berbadan kecil seperti kisah yang diluahkan oleh gadis ini.
Memiliki ketinggian 171 cm dan berat badan 38kg sahaja, gadis bernama Syiera ini mendedahkan dirinya menjadi sasaran ‘body shaming’ sejak zaman sekolah lagi.
@syiera.eyya luka body shaming tu mendalam ya 🥲#bepositive #bodyshaming
Selain itu, Syiera turut mendedahkan dia sudah merujuk doktor tentang berat badannya tetapi doktor memberitahu tahap kesihatannya berada di tahap yang baik.
Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi akibat sentiasa diejek oleh orang sekelilingnya menjadikan emosinya tidak stabil sehingga terlalu penat dan pernah terfikir untuk ‘tidak mahu hidup’ lagi.
Tidak cukup dengan itu, Syiera menjelaskan dia telah mencuba pelbagai jenis produk makanan tambahan tertentu namun kesemuanya tidak berhasil.
@syiera.eyya Reply to @littlehoneyleen betul tak tipu 😂
@syiera.eyya Reply to @hmmmmthlaaaa kannn
Lebih menyedihkan lagi apabila ada yang memfitnah dirinya terlalu ‘slim’ disebabkan mengambil bahan terlarang. Ya, mungkin segelintir orang fikir bentuk badan dimilikinya boleh melayakkan dirinya untuk menjadi seorang model, hakikatnya empunya badan yang mengetahui realiti sebenar.
Tambahnya lagi, tujuannya merakam dan berkongsi kisah hidupnya bukanlah untuk meraih pujian mahupun menunjukkan tanda bersyukur.
Sebaliknya, dia mahu membuka mata ramai orang bahawa individu yang memiliki bentuk badan ‘slim’ tidak terkecuali dari menjadi objek ‘body shaming’.
@syiera.eyya huhu .. merohhhh nya lipstickk
@syiera.eyya Reply to @moabread_ hohohoohho
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi kata-kata semangat kepada Syiera. Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Isu ‘body shaming’ ini memang tak berpenghujung! Manusia memang suka berlagak seperti ‘malaikat’, perasan diri terlalu baik sehingga layak untuk menghakimi ciptaan tuhan yang lain. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan sebegitu.
Sumber: TikTok Syiera