Badan budak perempuan hancur dihempap patung marmar 200kg

Badan budak perempuan hancur dihempap patung marmar 200kg

BERLIN: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Itali maut dihempap patung marmar seberat 199.5 kilogram (kg) ketika bercuti bersama keluarganya di Jerman.

Lapor Daily Mail, Lavinia Trematerra dari Naples, barat daya Itali ketika itu sedang bermain bersama seorang budak lelaki di halaman hotel yang diinapinya.

Ketika kejadian, sebuah patung marmar tidak diperbaiki dari alas yang bertenggek selama kira-kira 20 tahun, terjatuh dan menimpa badan Lavinia.

Insiden tragis itu berlaku di Munich, barat daya Jerman pada Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan tubuh kanak-kanak itu ‘hancur’ dihempap patung marmar tersebut di hadapan bapanya.

Tiga individu yang berada di hotel itu bergegas membantu dan mengangkat patung marmar itu selepas terdengar jeritan mangsa.

Pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan kanak-kanak itu ketika dalam perjalanan ke hospital.

Namun, selepas dua jam, Lavinia meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Polis Munich melancarkan siasatan termasuk akan menyiasat dakwaan mangsa mungkin memanjat patung itu sebelum ia terjatuh.

Menurut polis, patung marmar itu mempunyai berat kira-kira 200kg dan setinggi 1.4 meter.

Berdasarkan akhbar Süddeutsche Zeitung, patung itu diletakkan atas papan konkrit berukuran 40 x 40 sentimeter.

Scroll to Top