Baby Shima kesian abang bas ditahan, nampak ikhlas sayang seperti adik sendiri

Baby Shima kesian abang bas ditahan, nampak ikhlas sayang seperti adik sendiri

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima kesian abang bas ditahan oleh pihak polis susulan konten-konten memaparkan murid sekolah di dalam bas dengan kapsyen yang tidak sesuai.

Menurut Baby Shima atau nama penuhnya, Nor Ashima Ramli, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa individu berkenaan yang ditahan atas penularan konten dimuat naik di media sosial.

Shima berkata, dia nampak keikhlasan yang dilakukan oleh pemandu bas berkenaan dan dilihat melayan kanak-kanak di dalam video berkenaan seperti adik kandung.

“Hmm, cuma nak cakap kesian abang bas. 
“Dia nampak ikhlas sayang budak-budak tu macam adik-adik dia,”komen Baby Shima pada sebuah hantaran di TikTok.

Baby Shima kesian abang bas ditahan

Komen yang ditinggalkan oleh penyanyi berusia 31 tahun itu mengundang perhatian dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Terdapat segelintir warganet turut sependapat dengan komen yang ditinggalkan oleh pelatun lagu Pura-Pura Bujang.

Artikel lain: Kakak luah gusar lepas pemandu bas ditahan -“Nak kena berhenti kerja ke hantar anak?”

Terdahulu, tular di media sosial tangkapan layar beberapa video pemandu bas menyentuh bibir, mengusap kepala dan membetulkan tudung murid sekolah yang berada di dalam bas dipandu olehnya.

Perkara tersebut membuatkan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri tampil bersuara menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak boleh dinormalisasikan dan segera meminta pihak JPKK membuat laporan polis.

Setakat ini, siasatan telah dijalankan di bawah peruntukan kesalahan Seksyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pemandu bas berkenaan direman selama lima hari.

Akaun TikTok dengan pengikut lebih 600,000 juga sudah lepas beberapa jam seleps ditahan.

Sumber: X IAmAmadz