Pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida mengakui kakaknya yang juga penerbit, Erma Fatima pernah meluahkan rasa bimbang berhubung babak panas dalam drama Perempuan Itu.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, lebih mengecewakan apabila terdapat pihak mengeluarkan babak lakonan Zul Ariffin dan Siti Hariesa itu tanpa keizinan pihak penerbit sebelum dikongsi di media sosial.
Umie berkata, dia tidak memahami tujuan pihak berkenaan berkongsi babak yang mahu ‘dibuang’ oleh kakaknya itu malah sempat melihat posting dikongsi sendiri oleh aktor tersebut.
“Dari awal lagi erma luahkan rasa risaunya dia, bila tengok footage cerita ini. Dia kata diorang shoot sangat daring. Me (saya) pesan you as producer kena tegas dan info mereka shoot atas landasan yang dibenarkan.
“Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage (yag Erma nak buang) dari editor tanpa keizinan pihak penerbit dan post di IG.
“Motif keluarkan footage yang belum diedit dan excited dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk “viral” ? Dan saya sempat tengok post dari IG actor tersebut. Saya terus komen kat Erma.. apa cerita korang buat ini,” tulisnya.
Pelakon filem Dukun itu menegaskan, pihak terbabit perlu tampil bertanggungawab atas apa yang telah terjadi selain memaklumkan bahawa pelakon berhak menolak untuk membawa watak yang berada di luar kewarasan.
“Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu? Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan.
“Antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza. Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau penerbit. Dan sebagai pelakon wajar menolak lakon layar yag di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua,” katanya.
Terdahulu, Zul menerima kecaman hebat netizen selepas memuat naik babak panas itu yang memaparkan aksi agak mengghairahkan bersama Siti Hariesa sebelum memadam video berkenaan.
MALAYSIA ALLOW THIS?? WTF ZUL ARIFFIN pic.twitter.com/lKBDP2KbRu
— barbie 🧸 (@crossvinee) March 18, 2022
Sumber: Instagram Umie Aida , Twitter @crossvinee