Azliyanti Ib-berahim keluar jenama tudung ikut SOP

Azliyanti Ib-berahim keluar jenama tudung ikut SOP

KUALA LUMPUR: Bukan sesuatu yang mudah untuk bangkit semula apabila sudah lama menyepi dari dunia perniagaan.

Azliyanti Ib-berahim, penyampai berita senior di TV3 yang sebelum ini mengusahakan perniagaan tudung jenamanya sendiri sejak lima tahun lalu, akhirnya membuat keputusan untuk kembali semula dalam dunia perniagaan yang selama ini tertangguh.

Beliau menganggap kemunculan semulanya dalam bidang perniagaan ini adalah hanya menumpang rezeki yang dibawa anak-anaknya.

Paling menggembirakan beliau yang juga seorang penerbit berita dan beberapa program khas di TV3 ini ialah apabila dikhabarkan sudah berbadan dua setelah membuat keputusan untuk berniaga.

“Alhamdulillah, saya benar-benar tak sangka yang saya mengandung lagi kerana saya dan suami sudah memutuskan untuk mempunyai lima orang cahaya mata sahaja tetapi syukur kerana Allah mengurniakan lagi rezeki yang tidak ternilai ini.

” Beliau yang juga bekas host Program Potret Niaga menyatakan perniagaan tudungnya kali ini lebih besar dan lebih fokus kerana turut disertai rakan kongsinya yang lain.

Sementara itu, gara-gara COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan tidak terkecuali Malaysia, tidak dinafikan ramai yang terkesan akibat wabak itu.

Namun, Azliyanti melihat perkara ini dari sudut berbeza.

“Saya melihat perkara ini dari sudut positif. Waktu ini adalah yang paling sesuai untuk berniaga secara dalam talian kerana kerajaan tidak menggalakkan kita untuk keluar rumah apatah lagi berada dalam keadaan bersesak-sesak. Jadi membeli barangan secara dalam talian adalah satu langkah yang bijak.

“Jenama AZ by Azliyanti Ib-berahim ini telah diberi nafas baru dan hasil cetusan idea beliau dan rakan-rakan kongsinya yang lain. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, AZ by Azliyanti Ib-berahim mengorak langkah dengan membawakan tujuh koleksi corak tudung bawal bersama motif rekaan warna pastel dan floral, selain menggunakan kain berkualiti tinggi iaitu premium matte satin.

Dalam majlis serba ringkas pada Jumaat lalu, Hijab by Azliyanti Ib-berahim telah melancarkan dan memperkenalkan koleksi ‘AZpirasiRaya2021’ iaitu gabungan tudung bawal premium dan eksklusif dengan rekaan terkini. Koleksi ini turut direka khas dengan penambahan kerdipan butiran batu kristal Swarovski mengikut kehendak si pemakai agar tampak lebih eksklusif.

Semua koleksi tudung bawal eksklusif ini boleh didapati di Instagram @azliyanti_ibberahim.co dan juga aplikasi Shopee. Selain itu juga,bagi membantu individu yang terkesan akibat Covid-19 dan yang ingin berniaga, turut digalakkan menjadi pengedar dan wakil secara dalam talian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top