fatin.farhana@bh.com.my
Kuala Lumpur : “Tiada (tidak ditahan). Itu tidak betul.”
Itu penjelasan anggota kumpulan Senario, Azlee berhubung dakwaan konon sahabatnya, Saiful Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, ditahan pihak berkuasa, hari ini.
“Tiadalah. Elok saja. Tidaklah dia kena tahan kerana setahu saya dia elok saja tiada apa. Tidak betul rasanya dakwaan itu,” katanya.
Bagaimanapun, Azlee berkata, dia tidak tahu keberadaan Saiful berikutan mereka tiada ‘job’ hari ini.
“Kami tiada show bersama hari ini. Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini,” katanya.
Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila salah seorang anggota Senario dipercayai Yassin Yahya, ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun, ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.
Pelawak berkenaan dipercayai sedang ditahan selama enam bulan di pusat pemulihan di sana, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman semasa tempoh perbicaraannya pada November tahun lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd