Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjelaskan isu dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin di Sukan Olimpik 2024.
Menurutnya, beliau mendapat posisi terakhir ketika ‘draw’ dibuat. Untuk berlumba dengan posisi itu ada perancangannya iaitu terus kehadapan dan cuba mendapat posisi terbaik.
Langkah itu diambil selepas berbincang dengan coach John Beasly.
Namun, ketika melepasi selekoh ketiga sebelum memasuki selekoh keempat, beliau telah dihalang dengan himpitan dari pelumba France.
Himpitan terlalu agresif menyebabkan beliau hampir terjatuh. Pelumba basikal ini menyertakan bukti gambar himpitan yang berlaku.
Pelumba dari France itu juga masih mengekori rapat dari sebelah dan cuba memberikan himpitan kedua menyebabkan Datuk Azizul bergerak ke hadapan untuk mengelak.
Jelas beliau lagi, pelumba profesional Keirin tahu kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Kebiasaannya pacer akan memecut laju keluar selepas melepasi selekoh keempat (kelajuan 50-55km/h).
Namun pacer pada perlumbaan itu bergerak perlahan dari kelajuan sebenarnya dan tidak memecut selepas selekoh keempat.
Beliau menjelaskan, dalam keadaan bergelut dengan pelumba France berasa terkejut dengan tindakan pacer dan cuba ‘back pedal’ tetapi tidak sempat memperlahankan kelajuan.
Posisi tayar belakang memotong pacer sebelum keluar telah melanggar peraturan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
Penerangan penuh dan video kejadian di sini:
Namun ianya berlaku secara tidak sengaja dan disebabkan himpitan daripada pelumba lain. Jurulatih dan pengurus pasukan berjumpa terus dengan pihak panel untuk menjelaskan keadaan dan melihat kembali video perlumbaan tetapi tidak diterima.